Lazy Words :
I.D.G.A.F
Follow Sini or Your Home
Just Me , Myself and I


Nur Syafina Binti Baderi , 18 years old already. Twitter : FieynAriff
I.D.G.A.F


♥Apple Pie♥

AIMAN ARIFF
17.1.2013 . ILOVEYOU ♥





Template & Skin by : Iyzik lorh
Sidebar , Header and other stuff : Make by myself , no copy copy :p
Images : We ♥ It
Best View : Google Chrome

Older Post | Newer Post
Pengalaman berkerja . Ragam customer .
Saturday 1 March 2014 | 14:15 |


Sementara aku tunggu result SPM keluar ni , aku kerja lahh kat Pizza Hut ni haaa . Dekat situ lah mula aku tahu manis pahit jadi pekerja fast food . Sesiapa yang pernah kerja fast food akan tahu perasaan tu terutama yang bahagian servis . 

Okayy , aku terjumpa satu blog ni yang komplen pasal servis Pizza Hut Alamanda lembap , teruk bagai . Then penuh lah orang komen kat situ and macam biasa lah kan orang melayu lah yang banyak komplen and yang paling aku rasa memalukan , penuh dengan melayu memaki hamun orang melayu sendiri . Tengok dari gaya penulisan , aku rasa tu semua yang dah dewasa , yang dah beranak pinak haaa tapi tengok macam takdek budi bahasa jer masing masing . Teringin pulak aku nak suruh abang abang kakak kakak pakcik makcik ni semua kerja fast food masa hujung minggu atau masa tentera dan orang kerajaan dapat gaji . Biar beri rasa sikit erti pedih tu . 

Pekerja muka bengkek ? Yahh , kadang kadang tak boleh elak dari nak sorok muka marah , sedih , bad mood teramat sangat . Semua pekerja cuba untuk senyum bila jumpa customer tapi manusia kan , ada salah silapnya . Tak semua pekerja muka bengkek gitu . And one more , kadang kadang pekerja muka bengkek sebab customer tu sendiri . Antara kau yang customer belagak kaya atau banyak songeh atau nada kau biadap bila cakap dengan pekerja .


Then makanan lambat sampai ? Okayy , ini kalau pizza lah kan . Pizza mengambil masa dalam 17 minit baru siap masak . Tak boleh tunggu ? Kau makan lah pizza mentah . Memang itu prosedurnya . 

  Sepanjang aku bekerja ni , aku sakit hati betul pattern orang yang nak duduk table yang tak berkemas lagi padahal ada jer banyak lagi table lain yang dah bersih , lengkap . Bukannya apa , dahlah dah duduk siap siap kat meja yang tak berkemas lagi tu , pastuh tak ke tak selesa family kau tu bila pekerja berkemas sisa makanan orang depan family kau tu haa . Pastuh nanti nak lap meja , mulalah tak selesa ada kawasan yang tak bersih ke apa . Kalau dah terdesak memang tinggal satu table jer and table tu tak dibersihkan , terus panggil pekerja suruh bersihkan and JANGAN DUDUK 
TERUS sebab nanti pekerja ingat kau baru habis makan dan itu menyebabkan lagi lambat kau servis haa .

Makanan tak sampai ? So what are you waiting for ? Beritahu pekerja tu apa makanan yang tak sampai lagi . Beritahu dengan nada sepatutnya bukan dengan menghina , menengking . Kalau kau beritahu pekerja tu apa yang kau tak dapat lagi , itu sangatlah membantu sebab kadang kadang kat kitchen tu ada masalah yang tak dapat dielak . 


And one more , the staff will not have any problem dengan perangai cerewet customer BUT cerewet anda tu biarlah cakap dengan nada dengan sepatutnya . Aku suka layan customer cina dengan india sebab diorang ni lagilah berganda cerewetnya tapi cara diorang tu serius memang aku suka layan . Nak nak pulak jenis india ala ala hindustan tu , perghhh memang cerewet habis tapi memang tak ambil hati langsung sebab cara diorang tegur ke apa , memang berbeza gila dengan orang melayu .


Kebanyakannya customer Melayu lah yang rude much . Setakat kerja makan gaji , tak payah nak belagak kaya lah . Nanti mati masuk tanah juga macam orang lain . Cina yang tauke tauke kaya pun tak sesombong orang melayu yang makan gaji ni . Ada Cina owner hardware tu siap bagi aku angpau lagi pastuh ajak aku makan sekali dengan family dia padahal aku setakat layan ambik order dia jer . Pastuh aku suka dengan regular customer ni , perempuan haaa , memang lawa lahh dia tu walaupun gemuk pendek tapi mata dia lawa warna biru macam omputeh . Setahu aku dia doktor sebab pernah dengar ada customer lain berborak dengan dia panggil dia doktor . Doktor tu wehh , orang berada tapi tak belagak langsung , lembut jer bila bercakap pastuh tak pernah tak senyum . Happy jer haaa kitaorang ni ambik order dia . 

So kalau pergi restaurant ke fast food ke apa haaa , guna nada yang berbudi bahasa yer ? Negro pun pandai berbudi bahasa dengan aku , bila aku hantar makanan kat table dia , dia akan cakap "terima kasih kakak" . Sleng negro tu cakap memang kelakar tapi aku hargai lah kan . Orang Arab pun pandai haa senyum , tak belagak , speaking elok elok . Selalunya aku lah jadi mangsa kena ambik order kalau mat saleh ke , orang arab datang . English aku pun hancur . Aku faham apa diorang cakap , tapi bila nak reply tu haaa hmmm sebek aku nak cakap . Bebudak kerja aku pulak masalahnya diorang tak faham sangat bila orang speaking tapi diorang pandai bila nak reply balik . Alahai . Aku ni haa , memang sebek nak reply speaking . 

Kesimpulannya , jaga budi bahasa anda dengan stranger . Lol k tak sabit . 








0 Blue People